Minggu ni adalah study week ! final exam start minggu depan . isnin . tapi aku masih lagi tak sedar .masih lagi bermalas-malasan . Ya Allah , kenapa aku malas sangat ni ? mana mood study aku . mana ? wahai mood study , datang lah kau kepada ku . aku sangat perlukan mu ! kuatkan aku ya Allah . seperti sedia maklum , minggu exam adalah minggu dimana aku kena jauhkan coklat ,keju dan kopi . tapi kopi kena ambil jugak sikit. untuk stay up late kan . untuk study . so far ,setakat ni aku tak lah sesetresssss sem lepas . sebab macam ade ketenangan sikit . yeke ? maybe sebab duduk rumah sewa kot. tak terasa sangat homesick gaban macam sem lepas . tapi still homesick . miss homie ! aku kena kuatkan semangat . lawan segala perasaan malas yang beraja dalam diri . ye ! aku boleh ! chayok2 syazwani . tak sabar nak balik pahang ni .!!! tak sabar nak jumpa umi abah adik adik dan sahabat tercinta . yeayyyy . dah nak habis semester 2 ! yeayyyyy
Sunday, December 1, 2013
hi peeps !
Dah lama aku tak update pasal study ,pasal rumah sewa ,pasal kawan-kawan baru yg kini dah jadi macam adik-beradik . housemates dah macam sibling . actually , final exam lagi beberapa hari je lagi . tapi aku masih sama seperti dulu . masa nak exam STPM . masih lagi dengan prinsip "study last minute" . dari dulu sampai sekarang ,kaedah itu yang aku sering guna pakai . walawehh , apahal ayat aku skema sangat ni ? biar lah . aku kan CIKGU-TO-BE . hehe . mulai sekarang, aku akan pupuk dan semaikan penggunaan bahasa sastera dengan lebih mendalam . aku akan hayati setiap bait-bait perkataan yang aku dengar dan yang aku perdengarkan pada orang ramai.
Esok aku akan terlibat dengan majlis pelancaran buku yang bertajuk "Menggilap pemidato hebat" . memang sangat sesuai dengan keadaan diri aku yang baru sahaja menamatkan sesi amali pidato aku . baru aku sedar , betapa indahnya bahasa melayu jika kita gunakan dengan sebaik-baiknya. minggu lepas juga aku melibatkan diri sebagai penonton dalam pertandingan lawan pantun dan deklamasi sajak muzikal . hasilnya , Amazing ! sangat menakjubkan .. dari situlah aku belajar ,aku tahu tentang kepentingan bahasa melayu terutamanya dalam kalangan masyarakat pada masa kini.
haaha.aku dah start melalut ,apa yang aku nak updatekan adalah tentang kehidupan aku untuk sem dua ! SEM DUA . ya Allah cepatnya waktu berlalu . malam berganti siang, siang berganti malam . pejam celik pejam celik dah nak habis sem dua dah aku . tahun depan sem tiga . sangat cepat waktu berlalu ,hinggakan aku tak sempat menghitung walau sedetik .sepanjang sem dua ni aku belajar macam macam . baik erti kawan ,sahabat mahupun lawan . aku dah mula kenal yang mana kaca ,yang mana permata . yang mana sentiasa ada dan yang mana sering tiada. dari sem dua jugalah aku tahu bahawa tidak semua manusia sempurna . macam aku juga. pelbagai perkara suka dan duka aku lalui sepanjang 4 bulan ni.
hidup berdikari tanpa insan tercinta umi dan abah cukup mengajar aku erti bersyukur . walaupun sesuap nasi sangat aku hargai. semenjak umi dan abah tiada di sisi ,sayur timun ku telan mentah mentah . cewahhh . seriously ,aku tak pernah berminat nak makan sayur sayuran bagai ,tapi di sebabkan kesempitan hidup yang menghalang berbagai ragam ku , aku akur . aku makan segala yang ada termasuk SARDIN . bukan aku demand tak makan tetapi memang sejak azalinya aku begitu .
sekian sahaja entriku kali ini . walau tidak di baca mahupun tidak di follow . apa aku peduli ,janji aku happy !
Subscribe to:
Comments (Atom)
