Hi peeps ! happy new years . eh . dah bulan 2 dan aku lambat nak publish apa apa dekat blog yang berhabuk dan tiada sesiapa ni. hanya aku.. aku menulis hanya untuk diri aku sendiri. aku tak peduli dengan pandangan orang lain. so,
terlalu banyak kenangan pahit dan manis yg berlaku pada 2013. 2013 ,aku tak jadi nikah even dah hampir sangat. takde jodoh. 2013 jugak aku buat keputusan untuk sambung degree dekat selangor. aku tahu keputusan yang aku buat tu terlalu terburu-buru. aku hanya nak lari dari semua masalah . aku cuma nak bawak hati aku jauhhhh dari tempat yg meninggalkan pelbagai kesan dekat aku. aku cuma perlukan waktu. waktu untuk pulihkan hati aku yang terluka. ishh , melalut dah ni.
okay, skip part hati tu. sambung dengan ucapan tahun baru. apa yg aku inginkan. aku harap impian aku nak jadi baik .nak pakai tudung labuh tercapai untuk tahun 2014 ni. aku hanya mampu berdoa dan usaha sekeras mungkin . aku tahu. iman aku senipis kulit bawang . so aku kena kuat ! aku tahu aku boleh. insyaAllah . Allah kuatkan aku !
