Sunday, June 29, 2014



22 hb 6 2014. kauu.. kau tinggalkan malaysia. tanpa ucapan selamat tinggal kau titipkan buat aku . memang aku tak contact kau. memang aku senyapkan diri. aku lariiiiii dari semua ni. tapi tak bermakna hati aku tak berkocak bila tahu kau dah takde dekat malaysia. memang antara kita dah takde ape ape. tapi ape salahnya kalau kau bagitahu ? kau dah tinggalkan satu luka yang amat dalam pada hati aku. luka tu masih berdarah dan akan terus berdarah. walaupun aku menafikan perasaan sayang aku kat kau. tapi hakikatnya hany Allah sahaja yang tahu betapa aku sayang dekat kau. aku doakan supaya kau jumpa jodoh yang baik buat diri kau dan keluarga kau. kau orang baik baik. aku yakin jodoh kau baik baik. aku? aku akan cuba ubat luka hati aku sendiri. aku akan cuba cantumkan semula hati aku. berkecai. remuk. rapuh . luluh setiap organ aku rasa saat ini. mungkin salah aku yang buat keputusan bawa diri ke selangor. tapi kau dua kali ganda kejam dari aku. kauuu terus tinggalkan malaysia. aku tahu...aku tak layak dengan kau. aku sedar tahap aku. tapi..sampai mati pun aku takkan lupakan jasa kau. kau yang ajar aku bahasa arab. ajar aku mengaji. walaupun dalam hati ini masih tepahat teguh nama kau. masih terukir indah di sudut kehancuran. aku hanya mampu berdoa kau temui kebahagiaan kau dunia dan akhirat. ingat. bila kau rasa kau sakit hati.. aku dua puluh juta ratus ribu sembilan puluh enam juta ratus sakit dari kau. bila kau rasa sengsara dan betapa seksanya 'melupakan' . ingat. aku turut sama macam kau ! setahun. masih belum cukup untuk kikis kau kat hati aku.  insan yang hampir bergelar suami tetapi.....hanyalah mimpi. mungkin benar tiada jodoh kita. Allah itu sebaik baik perancang. aku nak kau tahu satu. aku sayangkan kau ! aku sentiasa sayangkan kau ! walaupun aku AKAN lupakan kau. tapi aku tetap sayangkan kau. ingat tu. ingat tu. semoga berbahagia di bumi Arab. kau bahagia,aku turut bahagia. terima kasih kerana pernah memberi kebahagiaan kepada aku suatu ketika dahulu. andai tiada jodoh kita di dunia, aku tetap mendoakan dalam diam supaya jodoh kita ada di akhirat kelak. 



yang ikhlas mencintai,

ash.