Sunday, July 6, 2014



heyyo . harini aku nak kongsikan pengalaman aku sempena masuk tahun kedua menetap di selangor. first dulu dulu. masa sem 1 punya lah aku nak menjerit sebab aku tercampak dekat ceruk batang berjuntai juntai ni. aku macam buntu, bengong, bengang dan yg sewaktu dengannya. aku memang tak tahu langsung macam mana nak keluar balik. haaa , first try. aku tanya lah manusia manusia yg ada pengalaman . macam mana nak ke KL dari BB ni?  dan adalah orang cakap naik bas dekat perhentian ijok .




okay. then, aku pun naik la bas dekat ijok. masa tu aku memang terpinga-pinga acane lah nak tahu semua tu kan. tapi nasib baik lah aku dilahirkan dengan sifat yang berani dan sikap ingin mencuba. aku try and error la kononya. tak silap aku bas yang aku naik ada tulis selangor. 



dan dan pulak aku naik bas ni. dan bas ni boleh ke rosak kat tengah tengah bandar kepong. aku ni melopong la. macam cuak jugak. bas yang aku naik ni punya la penuh. nasib baik aku dapat tempat duduk masa tu. bila dah rosak terpaksa lah kitaorang yang penumpang ni turun kat tepi jalan dan tunggu bas lain datang amik. dan bas lain yang datang amik tu bas yang sama dengan bilangan penumpang yang sama dengan bas yang rosak tadi tu. dapat bayangkan tak? umpama macam 2 biji bas duduk dalam 1 bas? faham? haha. macam mana aku nak explain pun aku tak tahu. bas yang dah penuh naik lagi penumpang yang dari bas penuh. haa , gitu laa.

dan aku pulak nak naik. dengan penuh mamat mamat asing nya. sampailah koyak kasut aku kena pijak. sadis. sedih. malang. semua lah . aku berdiri betul betul dekat pintu bas yang terbukak bersandarkan tangan seorang abang india yang baik ni. sebab adik perempuan dia pun posisi aku jugak duduknya. so, dia takut adik dia jatuh, dengan aku sekali tumpang bersandar. ahhh , peduli apa aku. cuakk doo. pintu bas tu. kain terselak sampai ke lutut. nak menangis je rasa. sumpah nak nangis. 


masa tu akak aku pesan turun dekat masjid jamek. sebab nak naik lrt untuk ke kelana jaya. aku ni manalah tahu semua tu. aku ingatkan masjid jamek tu masjid yang orang solat la. ada kubah semua tu. aku pun nampak la masjid. nyaris aku turun dekat situ. sadis sadis. last last ada lah abang asing ni bagi aku duduk sebelah mamat asing. haa. aku pun tanya lah mamat asing tu, "you mahu turun masjid jamek ke?" mamat tu tak faham bahasa melayu pulakkk daa.. dah la dalam bas tu semua asing asing. lastly, aku nampak kakak india tu. aku tanya. lah dia nak turun masjid jamek ke? dia pun cakap ya. aku pun " saya ikut saya ikut" haha. memang  terserlah kejakunan. kesakaian. kelembaban. kebangangan. last last kakak tu yang ajar beli coin semua tu. dan.. sekarang aku dah pandai . setiap pelusuk aliran lrt,monorel,komuter semua aku tahu. hoho. berkat dari kesilapan yang hampir meragut nyawa aku..


alhamdulillah. sekarang aku dah mampu berdiri atas kaki sendiri. dah siap boleh tawaf KL sorang sorang lagi. tapi tetap kena berwaspada. macam tu lah kisahnya.
 nahhhh. sebagai panduan.



 tak jelas. dan korang boleh refer dekat google image . daa ~