Minggu ni adalah study week ! final exam start minggu depan . isnin . tapi aku masih lagi tak sedar .masih lagi bermalas-malasan . Ya Allah , kenapa aku malas sangat ni ? mana mood study aku . mana ? wahai mood study , datang lah kau kepada ku . aku sangat perlukan mu ! kuatkan aku ya Allah . seperti sedia maklum , minggu exam adalah minggu dimana aku kena jauhkan coklat ,keju dan kopi . tapi kopi kena ambil jugak sikit. untuk stay up late kan . untuk study . so far ,setakat ni aku tak lah sesetresssss sem lepas . sebab macam ade ketenangan sikit . yeke ? maybe sebab duduk rumah sewa kot. tak terasa sangat homesick gaban macam sem lepas . tapi still homesick . miss homie ! aku kena kuatkan semangat . lawan segala perasaan malas yang beraja dalam diri . ye ! aku boleh ! chayok2 syazwani . tak sabar nak balik pahang ni .!!! tak sabar nak jumpa umi abah adik adik dan sahabat tercinta . yeayyyy . dah nak habis semester 2 ! yeayyyyy
Sunday, December 1, 2013
hi peeps !
Dah lama aku tak update pasal study ,pasal rumah sewa ,pasal kawan-kawan baru yg kini dah jadi macam adik-beradik . housemates dah macam sibling . actually , final exam lagi beberapa hari je lagi . tapi aku masih sama seperti dulu . masa nak exam STPM . masih lagi dengan prinsip "study last minute" . dari dulu sampai sekarang ,kaedah itu yang aku sering guna pakai . walawehh , apahal ayat aku skema sangat ni ? biar lah . aku kan CIKGU-TO-BE . hehe . mulai sekarang, aku akan pupuk dan semaikan penggunaan bahasa sastera dengan lebih mendalam . aku akan hayati setiap bait-bait perkataan yang aku dengar dan yang aku perdengarkan pada orang ramai.
Esok aku akan terlibat dengan majlis pelancaran buku yang bertajuk "Menggilap pemidato hebat" . memang sangat sesuai dengan keadaan diri aku yang baru sahaja menamatkan sesi amali pidato aku . baru aku sedar , betapa indahnya bahasa melayu jika kita gunakan dengan sebaik-baiknya. minggu lepas juga aku melibatkan diri sebagai penonton dalam pertandingan lawan pantun dan deklamasi sajak muzikal . hasilnya , Amazing ! sangat menakjubkan .. dari situlah aku belajar ,aku tahu tentang kepentingan bahasa melayu terutamanya dalam kalangan masyarakat pada masa kini.
haaha.aku dah start melalut ,apa yang aku nak updatekan adalah tentang kehidupan aku untuk sem dua ! SEM DUA . ya Allah cepatnya waktu berlalu . malam berganti siang, siang berganti malam . pejam celik pejam celik dah nak habis sem dua dah aku . tahun depan sem tiga . sangat cepat waktu berlalu ,hinggakan aku tak sempat menghitung walau sedetik .sepanjang sem dua ni aku belajar macam macam . baik erti kawan ,sahabat mahupun lawan . aku dah mula kenal yang mana kaca ,yang mana permata . yang mana sentiasa ada dan yang mana sering tiada. dari sem dua jugalah aku tahu bahawa tidak semua manusia sempurna . macam aku juga. pelbagai perkara suka dan duka aku lalui sepanjang 4 bulan ni.
hidup berdikari tanpa insan tercinta umi dan abah cukup mengajar aku erti bersyukur . walaupun sesuap nasi sangat aku hargai. semenjak umi dan abah tiada di sisi ,sayur timun ku telan mentah mentah . cewahhh . seriously ,aku tak pernah berminat nak makan sayur sayuran bagai ,tapi di sebabkan kesempitan hidup yang menghalang berbagai ragam ku , aku akur . aku makan segala yang ada termasuk SARDIN . bukan aku demand tak makan tetapi memang sejak azalinya aku begitu .
sekian sahaja entriku kali ini . walau tidak di baca mahupun tidak di follow . apa aku peduli ,janji aku happy !
Tuesday, November 26, 2013
Hi . such a long long long time i didnt update this blog. haha . acah acah speaking LOL . hm , actually . i am so busy for a few weeks . speaking lagi LOL . macam ni cerita dia . my ex dah terbang ke Arab , and i am so so so . sad ? frust ? hm . happy ? no no no . sangat sedih sebenarnya . kenapa sedih syazwani ? why ? sebab . im still love him .kadang kala , aku tanya diri aku. kenapa mesti wujud lagi perasaan sayang dekat dia ? tapi suara hati aku terlebih dahulu yg jawab . ingat senang ke nak lupa seseorang yg dah buat kita sayang gila gaban ? yang nyaris jadi isteri dia ? gilaaa tak sayang . lupa? apatah lagi nak melupakan . sampai sekarang for sure aku tak dapat lupakan . even mulut aku cakap , AKU DAH TAK SAYANG . tapi di sudut hati aku yg paling dalam , aku masih sayangkan dia . aku yakin dia pun sayangkan aku lagi . tapi aku harap mudah lah untuk dia lupakan aku. aku selalu berdoa. kalau aku takde jodoh dengan dia dekat dunia , aku harap dia adalah jodohku di akhirat.
sebab tu sekarang aku masih tak boleh terima cinta orang lain dalam hati aku . walaupun manusia tu baik . tapi.. hati aku masih belum ready nak menggantikan cinta lama yang tak mungkin aku padam dalam ingatan . apa yang pasti , perkara pertama yang aku nak elak ialah , bercinta . aku nak elak cinta sebab aku nak elak maksiat. kenapa orang tak faham ? aku taknak bercinta. bercinta mengundang maksiat . tapi orang tak faham ,orang sering mempertikaikan aku . sering cakap aku masih berharap pada cinta lama yang tak mungkin kembali dalam hidup aku .if its not yours ,its not ! if its yours , its will come back ! see. the conclusion is , ada jodoh , ada . so what ?
hanya Allah yang faham apa yang aku rasa . sakit aku menyebabkan aku tak rasa apa apa kat hati aku . tade sensor . tapi aku bersyukur dengan apa yg jadi dekat aku . sekurang-kurangnya aku tak terdesak dengan keinginan berpasangan . hehe , seronok hidup single . aku tak pernah rasa serabut . serabut dengan admirer je . cehh . tapi serious wa cakap lu . single itu seronok. berbalik perkara di atas,mungkin aku masih menanti. menanti dalam diam . menanti dalam doa . menanti dalam sujudku .
Allah . andai benar dia , aku akur .
Friday, September 6, 2013
first time tak balik cuti weekend ! omg ~
Hai hai . untuk kali pertamanya aku tak balik semester dua ni ?? semester satu haritu tiap tiap minggu aku wajib balik ! haa ,semester dua ni aku boleh bertahan dari balik . kenapa ? dan sebab apa ? sebabnya housemate aku tak kasi aku balik terlalu kerap . sian dieorang . dulu alasan balik sebab bosan duduk hostel .sekarang dah duduk rumah sewa ,so kalau aku balik memang kena bebel lah . hihi . tapi nasib baik tak bosan sangat cuti weekend ni sebab duk serumah dengan kawan yang sekepala .cuma tak tahan yang jenis suka berkepit tu jee ..pffffft ! hape hape je laaaa .
haisshhhh bosan lah aku macam ni . asyik nak bertepek je dengan aku . assignment ? pehhh gilaaaa ! banyak kot . ni tak semua lect bagi , nanti dah semua bagi agak agak dalam 12 ada kot . banyak sangat .dengan assignment group acah acah gaduh . acane lah nak siapkan semuanya ? dannn .lagi 3tahun kot aku duduk sini . sangat sangat lama okay . takpe takpe ,orang tua tua kata pejam celik pejam celik je insyaallah tak celik celik . hihi . Perkembangan kanak kanak ,Falsafah pendidikan ,Sosiologi pendidikan dan macam macam lagi . haaa..pilih lagi nak jadi cikgu .so,terima je la ashiqin oi . REDHA dengan apa yang Allah dah tetapkan untuk kau ! sekurang kurangnya kau boleh tutup kesedihan hati kau . cececehhhh ! bagi semangat kat diri sendiri .apa? apa? bermonolog ? ntahh aku pun tak ingat dah .
aku yakin takdir aku dekat selangor ni. sebab Allah takkan hantar aku ke sini tanpa sebab dan apa yang berlaku semuanya ada hikmahnya kan ?dan apa yang terjadi dalam kehidupan seharian kita semuanya dah di tulis dalam buku takdir kan ? takde yang kebetulan dalam dunia ni.semua Allah dah rancang .so ,bila hati aku terdetik .apa la yang aku buat kat sini,perlu ke aku belajar ? kenapa dekat sini kenapa ? dan kenapa aku bawa sekali hati aku yang luka ni ? Ya Allah sangat tak baik diri ini bila terdetik semua tu . Ya Allah,maafkan aku .aku hambaMu yang lemah . sangat lemah . tetapi aku akan cuba kuatkan diri ini untuk tempuhi dugaan seterusnya dari MU ! aku janji aku akan cuba untuk kuat ! semoga takdir yang ditetapkan untuk aku itu yang terbaik . dan aku yakin terbaik ! Amin Ya Rabb :)
Wednesday, September 4, 2013
hormon touching lebih ?? err
Terlebih hormon touching ? apakahhh ? seriously . aku pelik gilaaa kot dengan manusia macam ni . tak bermaksud aku tak suka k. cuma aku pelik je, hm memang pelik . sebabnya bila empunya badan buat sesuatu yang boleh mengundang hormon touching tu ,orang lain tak touching pun . tapi bila dia yang diperlakuukan macam tuuuu..dia touching pulak dah .alaaa ,terlebih hormon ke apa?? susah lah weyy macam tu . awak gurau boleh ,kite gurau ,omg omg omg . aku tak maksudkan dekat sesape lah kan . cuma macam pelik je . ke ,aku yang kurang hormon touching ni ? aku memang payah nak touching dengan kengkawan ni . sebabnya bagi aku lah kan ,alaaa relaks lah . tak mati pun . lagipun kita hidup bukan untuk mencari REDHA manusia . nak cari REDHA ILAHI kan ? so ? buat apa nak touching sangat nye?? ish tak faham lah aku . mungkin aku tade kat tempat orang yang touch touch tu kot . tapi mende remeh temeh macam ni tak sepatutnya diperbesarkan kan ? haaaa... tu lah dia. aku pun tak tahu nak cakap macam mana dah .ikut muuuu la .mu dah besar .sape lah aku nak nasihatkan kan .nasihat pun tarakk dengar jugak . buat membazir air liur aku je .
tapiii ,kami kami yang kat rumah ni..selaku housemate yang rasa macam kiteorang ni acah acah tak gunaaa gituu . al konon konon tak pandai nak appreciate hubungan kawan yang 'baru' terjalin ni . aiseyyyy , aku pulak yang SETERESSSS nye . adudu . aku duk memikir siang malam . so,lepas ni aku decide ,haaa ikut muu la kawan . aku cakap pun tarakkk gunaa jugak kan kan .
tahap kebergantungan terhadap diri aku ni jugak ,aku tengok aiseyy . semacam .dah gaya macam mati tanpa aku.perlu lah segalanya aku? aku pun nak bebas la wahai hamba Allah . bebas dari anda ye . jangan buat aku macam ni wey . aku malas nak cakap lebih lebih .kang hormon T tuuuuuu .melebihi hormon kewanitaan .sadisss la macam ni. 3tahun lagi nak hadappp wehh 3tahun . bukan tempoh yang sekejap .yang sangat lama .dan aku sentiasa berdoa agar segalanya baik baik . Amin Ya Rab.
Monday, September 2, 2013
first day class ~ semester dua .
Hi Hi , harini first class. O.o .first class dah pun kena setepekk tadi . ish ish . takpe takpe ,kite tengok permainan dia. hikhik . harini pergi class. balik class singgah lah pasar malam ,beli lah bahan bahan nak buat bihun goreng .*bukan aku buat,kawan baik aku buat* hikhik . aku nak memasak ? lambat lagi wehh .tak lah expert sangat dalam bidang memasak ni .malu kot .tapi memang sedap..pehhh lah kawan aku masak . sampai aku tambah dua kali dan aku rasa nak makan lagi dan lagi .bestkan ada kawan macam ni . tapi yang tak best bila ada krisis sikit antara housemate dengan housemate . bukan aku ye . orang lain lah . ala...hidup. nama pun hidup.mesti lah penuh cabaran dan dugaannya kan . so,kita sebagai manusia yang dah sedia maklum apa itu kehidupan ,kita seharusnya dan semestinya kena tabah dalam menghadapi apa jua keadaan .haa. so kita kena pandai pandai lah handle semua ni. kita buat dia bukan dia buat kita. kan ? omg omg omg .
Dear friends sekalian . apa salah nya sometimes kita mengalahkan ? tak salah . saling cuba faham memahami .biasalah bila kita tercampak kat U ni kita akan jumpa macam macam jenis manusia kan? macam macam jenis ragam kan ? dan. . bila kita dah terlanjur jadi housemate ni apa salah nya kalau kita terap kan ciri ciri atau sifat sifat yang acah acah sibling forevaaa tu kan kan ? tak salah kan .actually lah kan bagi aku perkara ni tak besar pun kalau kita tak perbesarkan dia , senang cerita hidup ni kena saling bertolak ansur tak kira kat mana kita berada ,dengan siapa ,dan apa pun situasi kita . sampai bila kita nak selfish ? sebab kan nila setitik,rosak susu sebelangga . haa. aku nasihat bajet macam aku ni tade perasaan je kan ? bukan macam tu . maksud aku, selagi boleh di bincang ,kita bincang . jangan keruhkan lagi keadaan yang dah memang keruh .
Heyy ! jom jadi kawan baikk . macam niii .
yang ikhlas lagi jujur .
aku .
Saturday, August 31, 2013
Because i miss you ~
Because i miss you.
IMISSYOU? hm ,bila kita rindu seseorang tuu ,kita doa dekat Allah . Ya Allah ,sungguh aku rindu dia .dia tu siapa? biarlah rahsia .tapi ikhlas . perasaan rindu ini tetap wujud walaupun segalanya dah berakhir . aku selalu berdoa agar aku dapat lupakan segalanya tentang dia. aku harap aku sentiasa kuat dan tabah dalam mengharungi liku liku kehidupan yang akan datang . Amin . dan doa aku tak pernah putus untuk dia ,aku doakan dia di kurniakan jodoh yang mulia ,yang selayaknya dengan dia dan yang jauh lebih baik dari aku.makan dalam ? yeee ,tersangat makan dalam .The same sky like always, the same ordinary day
The only difference is that you're not here
I want to smile, pretending to have forgotten everything
Pretending it's nothing
I want to live smiling
Because I miss you, because I miss you
Everyday I keep calling you alone
Because I miss you, because I miss you
Now I keep calling your name like a habit
Again today
I thought I sent you away without any regrets
No, no, I couldn't send you away yet
Because I miss you, because I miss you
Everyday I keep calling you alone
Because I miss you, because I miss you
Now I keep calling your name like a habit
Again today
It seems like I'm going to die, what should I do?
I love you, I love you, I love you
Without even saying those words, I sent you away like this
I'm sorry, I'm sorry, do you hear me
Can you hear my late confession?
I love you
Friday, August 30, 2013
semester dua oh semester dua !
Pejam celik pejam celik . dah nak habis cuti untuk semester satu. pejam celik pejam celik. haaa,dah nak masuk semester dua ! omg omg omg . Ya Allah tabah kan aku.sabar kan aku dalam mengharungi lelahnya menuntut ilmu. Belajar ! yeee.. aku seorang yang suka belajar . "errr,yeke? tak tahu tak tahu .tapi,aku cukup tertarik dengan kata kata salah seorang idola aku.. iaitu Imam syafie yang berbunyi..
jika kamu tidak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung betapa peritnya kebodohan
tadaaaa ! ni lah kata kata yang selalu aku pegang bila aku rasa tak dapat nak tumpu pada pelajaran.bila aku rasa macam , *ehh kenapa aku mesti belajar?* *macam tak boleh hidup je kalau tak belajar* blaa blaaa dan blaa..apabila macam macam ada dalam fikiran aku..aku akan segera dengan sepantas kilatnya aku akan teringat kata kata Imam syafie ni. sedangkan Nabi Muhammad SAW pun berkata ,
belajarlah sampai ke negara china
haa..macam tu lah lebih kurang.first sekali,niat belajar kerana Allah SWT.lepas tu ,niat nak bantu family..ingat ashiqin , kau bukan orang senang,bukan orang kaya.so,kau kena belajar beersungguh sungguh !. okay.itu memang akan jadi first reason la. dan yang lain lain nya menjadi pembakar semangat aku ialah cikgu cikgu yang sangat bencikan aku zaman aku sekolah *form1-form5* yang masih lagi terngiang ngiang dekat telinga aku. "ni..pembawa anasir jahat" "sampah masyarakat" "sekolah manapun takkan terima awk" bla..blaa dan bla..ingat cikgu cikgu sekalian . akan ku buktikan segulung ijazah itu milik aku. insyaallah . dengan izin Yang Maha Esa .dan waktu tu aku harap cikgu cikgu sekalian ubah pemikiran cikgu tentang diri aku.aku bukan lah selamanya menjadi manusia tak berguna . dan aku akan buktikan. :) *senyum kambing*
niat aku bukan lah nak balas dendam atau apeee je..tapi niat aku cuma nak membuktikan tanggapan orang terhadap aku tak selalunya tepat.kan ? so.. don't ever judge people by outside . cehh.boleh pakai ke ayat macam tu. acah acah quote's je. hehe.aku harap aku dapat kekalkan pointer aku untuk semester dua ni .semester satu result aku agak memuaskan la. 3.58 . Alhamdulillah .bersyukur tak terhingga la. dan aku harap aku akan lebih rajin ,berusaha untuk ke arah lebih baik dari segi pelajaran mahupun perangai. amin Ya Rabb.
Aja aja fighting . chaiyok chaiyok !
Thursday, August 29, 2013
i'll be waiting .
I'll be waiting for you ? adakah ? apakah ? aku pun tak pasti. tak pasti dengan perasaan sendiri. perasaan yang dah tak macam perasaan . sedihkah aku? bahagiakah aku ? aku pun tak tahu . aku tak tahu dan tak pasti sama ada aku dah buat keputusan yang betul atau salah . segalanya di tangan aku masa tu. aku yang berhak buat keputusan . semuanya terletak atas aku. aku buntu. aku sakit .perit . keputusan di tangan aku tetapi takdir di tangan Allah swt .
Di saat aku ada dua pilihan . di mana aku perlu pilih satu sahaja untuk meneruskan hidup aku. dan setiap satu pilihan akan mengubah keseluruhan hidup aku . sama ada nak atau taknak .di saat aku pilih perkataan taknak itu ,segalanya berubah. hidup aku menjadi agak kelam . sedih ,perit .ngilu . hanya Allah swt yg tahu apa perasaan aku masa tu . aku dah pilih dan aku dah tolak satu peluang yang sangat baik . yang sangat mulia .
Tapi.. apakan daya,takdir Allah lagi indah kalau nak di bandingkan dengan pilihan yang aku ada. aku tak pernah menyesal dengan apa yang aku buat .aku harap semua ni menjadi pengajaran dalam hidup aku.walaupun perkara ni dah meragut seluruh jiwa aku pergi ,tapi aku masih bersyukur kerana aku masih ada Allah ,umi abah ,keluarga dan sahabat sahabatku yang sentiasa ada di sisi memberi sokongan.
Antara cinta ,keluarga , dan hati yang tak serupa hati. berbekal kan maruah dan ego yang tipis di dalam diri. aku gagahkan diri menolak mu dengan bismillah . aku tak pasti sama ada hati ini masih bersama aku atau tidak . apa yang pasti akan aku kuatkan hati ini untuk melupakan segala kenangan dan ingatan tentang engkau wahai H
perkataan i'll be waiting for you tu..cukuplah kita biarkan ia menjadi kenangan yang tak perlu dikenang.sekian , yang ikhlas lagi sakit .
aku.
masih tak ingat sepenuhnya tentang BLOG.
Actually lah kan. aku tengah perah perah otak ni untuk ingat balik macam mana nak tukar font ,nak masuk itu nak masuk ini dekat blog. setahun jugak lah tinggal dunia blog.lepas tu bukak,tengok everything changes ! aku ingat manusia je yang berubah. blog pon berubah ye? haha.lawak la .dan saat ini aku tengah lapar tapi aku cube godey godey jugak setting setting dalam blog ni . haa ape?? godey ?*okay,godey tu sejenis makanan laut yang terdapat di korea selatan* k ,aku tipu. sukahati aku la nak gune bahasa apa. blog aku kan,
Even aku tahu mugkin aku sorang je yang akan sentiasa baca and alert apa yang aku publish ,aku peduli apa.aku akan tetap menaip sehingga ke titisan air liur yg terakhir.haha.nampak kan? terserlah ke'beria'an aku dalam menceritakan apa yg mengarut.ini namanya gian tengok banyak post dekat blog sendiri .haha. lawak ke lawak ke? lawak la kot.bagi aku lawak.kalau korang rasa tak lawak ,boleh click yg pangkah merah kat atas sebelah kanan tu k.
Semenjak aku punya lappy meninggal dunia. aku takde mood nak online ke,nak ape ape je yang memerlukan khidmat laptop. sadiss dan sedeh . rasa macam takde mood nak berlaptop dah.tapi..life must go on kan. so kena jugak bli laptop. so yang ada sekarang hanya lah netbook peneman setia. *ni pon sebab kena buat assignment kan* kalau tak ,malas dah nak ada ape ape komitmen dengan L ni . huishh huishh .
Monday, August 26, 2013
meet my new baby blog ~
Hai . welcome to my new and latest blogger. seriously ,agak betahun jugak lah tinggalkan dunia blog ni. ni pun main aci redah je cara cara nak buat .sebab dah tahap tak ingat dah nak main conteng conteng kat sini . kalau dulu ye la,agak rajin mengadap semua ni. terasa agak menyesal delete blog lama. motif aku delete? tak berapa sure motifnyee.
Semenjak bergelar budak U ni,life semakin serabut la. yelaa,dengan assignment la,test la. study . yang penting dah nak masuk sem 2. cepat giler kot waktu berlalu.sekarang semua dah berubah kan kan . rindu life yang dulu.tapi..walau macam mana pun,itu dulu . sekarang is sekarang lah kan. life must go on , so lebih baik aku lupakan segala yang di belakang . buat pengajaran sudah.
Sebenarnya ,aku sangat rindukan zaman form6 aku dekat as ahmadian ! rindu sahabat yang sangat memahami , rindu cikgu cikgu . rindu adek adek yang sentiasa menjadi tempat luahan hati .rinduu semua la. rindu sangat . sekarang panggil lec pun tersasul . "cikgu" eh silap.. tuan/puan. er sengal la aku ni. pape pon result sem 1 sangat cemerlang dan memuaskan . terkejut sebenarnya. alangkah indah dunia kalau boleh tukar result sem 1 dengan STPM. haha. mesti dapat U yg standard2 . cehh . perasaan kau ashiqin ! belajar kat mana mana pon tak kesah lah . yang penting belajar !
FIGHTING! AJA AJA !
Subscribe to:
Comments (Atom)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)