Friday, August 30, 2013

semester dua oh semester dua !


Pejam celik pejam celik . dah nak habis cuti untuk semester satu. pejam celik pejam celik. haaa,dah nak masuk semester dua ! omg omg omg . Ya Allah tabah kan aku.sabar kan aku dalam mengharungi lelahnya menuntut ilmu. Belajar ! yeee.. aku seorang yang suka belajar . "errr,yeke? tak tahu tak tahu .tapi,aku cukup tertarik dengan kata kata salah seorang idola aku.. iaitu Imam syafie yang berbunyi..

jika kamu tidak tahan penatnya belajar, maka kamu akan menanggung betapa peritnya kebodohan

tadaaaa ! ni lah kata kata yang selalu aku pegang bila aku rasa tak dapat nak tumpu pada pelajaran.bila aku rasa macam , *ehh kenapa aku mesti belajar?* *macam tak boleh hidup je kalau tak belajar* blaa blaaa dan blaa..apabila macam macam ada dalam fikiran aku..aku akan segera dengan sepantas kilatnya aku akan teringat kata kata Imam syafie ni. sedangkan Nabi Muhammad SAW pun berkata ,

belajarlah sampai ke negara china

haa..macam tu lah lebih kurang.first sekali,niat belajar kerana Allah SWT.lepas tu ,niat nak bantu family..ingat ashiqin , kau bukan orang senang,bukan orang kaya.so,kau kena belajar beersungguh sungguh !. okay.itu memang akan jadi first reason la. dan yang lain lain nya menjadi pembakar semangat aku ialah cikgu cikgu yang sangat bencikan aku zaman aku sekolah *form1-form5* yang masih lagi terngiang ngiang dekat telinga aku. "ni..pembawa anasir jahat" "sampah masyarakat" "sekolah manapun takkan terima awk" bla..blaa dan bla..ingat cikgu cikgu sekalian . akan ku buktikan segulung ijazah itu milik aku. insyaallah . dengan izin Yang Maha Esa .dan waktu tu aku harap cikgu cikgu sekalian ubah pemikiran cikgu tentang diri aku.aku bukan lah selamanya menjadi manusia tak berguna . dan aku akan buktikan. :) *senyum kambing*

niat aku bukan lah nak balas dendam atau apeee je..tapi niat aku cuma nak membuktikan tanggapan orang terhadap aku tak selalunya tepat.kan ? so.. don't ever judge people by outside . cehh.boleh pakai ke ayat macam tu. acah acah quote's je. hehe.aku harap aku dapat kekalkan pointer aku untuk semester dua ni .semester satu result aku agak memuaskan la. 3.58 . Alhamdulillah .bersyukur tak terhingga la. dan aku harap aku akan lebih rajin ,berusaha untuk ke arah lebih baik dari segi pelajaran mahupun perangai. amin Ya Rabb.


Aja aja fighting . chaiyok chaiyok !

No comments:

Post a Comment