Thursday, September 18, 2014
"the hypocrisy"
Hi peeps ! last week kot aku ada update tweet nak buat entry dan kupaskan tentang dan maksud hypocrisy atau lebih tepat dan padan hipokrit . okay hypocrisy ni merupakan tingkah laku yang tidak menentu ataupun bersikap dengan tertentu . contohnya macam ada ayam disebalik nasi dagang hiks. tak lah. erti kata yang lebih bahagia ialah pura-pura, pengecut atau cemburu. sumber ni daripada
http://id.wikipedia.org/wiki/Hipokrisi.
apa yang aku cuba nak sampaikan mengenai manusia yang mempunyai sikap ini. haa , kan formal bahasa aku. bagi aku , manusia yang mempunyai sikap ini spesis duit syiling macam entry "sahabat" yang aku tuliskan dulu. manusia jenis ini tak pernah puas dengan apa yang diaa ada. dalam erti kata lain yang lebih mudah difahami. orang yang tak bersyukur la. jenis yang tak boleh orang lebih "sikit" dari dia.
TAPI........
tak semua orang hipokrit sebab tu sahaja. ada juga manusia yang tersepit dan menjadi mangsa keadaan. ada juga yang terpaksa berpura-pura demi kebaikan. demi menjaga maruah. contoh. pura-pura pekak bila ada ajnabi datang usha. "pheeeewwwwitttt" . lepas tu kau jalan acah acah rumah terbakar nak tolong orang kampung padamkan. itu contoh bagi protect sesuatu dan keadaan itu mengharuskan kita untuk berpura-pura.
satu lagi contoh yang memerlukan kita gunakan skill hipokrit tu, bila dalam keadaan darurat yang boleh membahayakan nyawa kita.
tapi.. bagi segelintir yang pakar dalam menggunakan kemahiran hipokrit tu . yg salah waktu guna tu. itu yang masalah sikit. sebab manusia yang terlampau pakar tu akan merosakkan persekitaran dia dengan kemahiran yang dia ada. kalau terer sangat hipo nya, mungkin orang tak perasan. tapi kalau bengap sangat, cerita dia, 1 malaysia tahu.
ini bukan soal mengumpat or lain lain . tapi ini tentang penjelasan . cehhh, bajet macam orang baca je.
okay okay. enough enough. nanti kantoi ai ada beloggg .
sekian . yg ikhlas lagi ikhlas .
aku.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
.jpg)
No comments:
Post a Comment