Sunday, December 28, 2014

good bye sad 2014


Bismillahirahmanirrahim. dengan nama Allah yg Maha pemurah lagi Maha penyayang. 2014 . tahun yg sangat sangat sangat sedih. tahun yg sangat sangat banyak perkara berlaku. kehilangan MH370 pada 8.3.2014. sama dengan tarikh nikah kakak aku. hilang sampai sekarang. 9 bulan lebih dah . 17.7.2014 pesawat Mh17 ditembak jatuh oleh pihak yg celaka maybe. kemarau berpanjangan. krisis air. yang terkini banjir di pantai timur dan kehilangan pesawat airasia pada radar.

Banjir. sedih sangat dengan keadaan kelantan. Terutama gua musang , manek urai , kuala krai dan lain lain. ya Allah selamatkan mereka ya Rabbi. terkini juga warga daerah pekan perlu berjaga jaga dan siap sedia kerana air pasang dan air hulu turun dan dijangka bandar pekan akan banjir besar. Wallahualam. semua ni ramalan . temerloh terus dikepung air. hujan dijangka tak henti untuk 3 hari. semoga semuanya baik baik.

Allah nak uji hamba dia. dia bagi rasa sikit sorang. dia nak kita bersabar dalam hadapi musibah. dia nak kite bersatu dalam selesaikan masalah. bukan politikkan keaadan. ini tak. orang ni salahkan orang tu. orang tuu salahkan orang orang tu tuuu. please.. bersatu lah wahai umat islam. ada hikmah tersendiri Allah uji kita. dah banyak kemungkaran yang kita lakukan. tak kata ke orang lain. aku sendiri banyak dosa ya Rabbi. Allahu !

Takut. cuak. sedihhh . takutttt sangat sangat air masuk rumah. tapi lagi kesian orang orang yg hilang rumah . sekiranya air masuk rumah , semoga Allah kurniakan kesabaran yg tinggi pada family aku dan warga warga pekan yang lain.InsyaAllah . kuatkan kami Allah .

Pasal plane hilang, mungkin faktor cuaca. kalau mendarat atau terhempas sekalipun ,mesti pesawat kan dijumpai. semoga semua selamat. amin.

No comments:

Post a Comment