Monday, September 21, 2015

aku seorang "chipsmore"



Ahaaaahaa . berhabuk plus bersawang blog aku ni. almaklum la tuannya pemalas nak publish . lepas habis praktikum 1, aku rasa aku 'awayyy' awayyy sangat sangat. semua benda jadi tunggang langgang. why ? entah. diri ni pun jauh menyasar. aku perhatiiiiii je. saja je type banyak huruf. sukahati la. blog aku. actually tade apa yang seronok nak dikongsikan . yang bermanfaat apatah lagi. sebab mood away tu tak blahhh lagi dalam badan ni ha. apa yang nak, aku pun tak tahu la . sedih dan sadisssss dengan diri sendiri. 

pengalaman praktikum 1.

okay . culture shock bila berdepan dengan kanak-kanak. tiap kali muncul 'worst situation' mesti ayat ni akan keluar dari mulut. "kenapalah aku amik kos ni" astaghfirullahaladzhim. tak baiknya. Allah dah takdir kan aku lepak dalam kos ni nak buat macam mana. kifarah aku suka sakat, pukul and cubit bebudak dulu agaknya. mungkin diri ni tak suka sangat dengan budak , so Allah kasi aku dekat dengan bebudak supaya aku faham agaknya kenapa dieorg ni mengada ngada sangat. At last aku bersyukur jugak la sebab dapat pengalaman bermanfaat . nak kata tahu cara handle budak tu mmg tak la kan. aku just entah. mungkin aku dah jatuh cinta dengan bebudak ni. kecuali yang tertentu. yes admit it, nama pun budak and aku pun pernah jadi budak. yang membezakan budak zaman sekarang dengan dulu. children nowadays ya Rabbi. macam mana lah parent dorg handle dengan zaman serba moden sekarang ni haa. serius mencabar.paling leceh kau akan jumpa parent yang jenis dengan cakap anak. ok. bebudak dulu lain. apa dorg cakap semua betul tak tipu. beza budak sekarang cakap sembang bohong tapi parent mentah mentah percaya, sampai taknak dengar explaination cikgu. em pepelik je parent zaman ni. mohon aku jadi parent nanti tak macam tu la.

okay , aku cerita samar samar je la dulu ye. sebab mood away high flyyy semua ada. nak cerita tapi tengok ah esok ke lusa ke bila ke. tunggu blog ni bersarang ke bersawang ke .


HAHAHA

saja . buat semakkkk. kbaiii !



Monday, February 16, 2015

mid term break !


Mid term break yg hambar . :'D . tak tahu kenapa ,mungkin aku dah jauh tersasar dari landasan. apa nak jadi dengan aku sebenarnya ? aku rindukan aku yg sebelum ni. yg mencintai Maha Esa lebih dr segalanya aku seakan akan hilang panduan. manusia. selalu hilang arah tuju, selalu tergelincir dari sasaran. macam tu lah aku. taubat. dosa. taubat. sampai bila aku nak macam tu ? aku tak kuat. sangat tak kuat melawan nafsu jahat ini ya Rab. maafkan aku. hanya kau yg tahu apa isi hatiku yg sebenarnya. kadang kadang aku tak faham dengan diri sendiri. aku pelik. pelik sangat sangat. segala perkara yg ingin aku sampaikan tak semua terungkap dalam sujud. adakalanya aku perlu besendiri meluahkan isi hati aku. aku tahu. kau maha mendengar segalanya. aku yakin kau sedang lihat apa yg sedang aku buat. aku tak berkesempatan bertemu kau dalam sujudku. kerana ,aku sering tergesa gesa dalam solatku sejak akhir akhir ini. aku tahu, banyak lagi dosa dosaku yg menggunung. aku sering berdoa agar pintu hatiku ini masih layak menerima kehadiran cahaya dan petunjuk darimu. tolong aku ya Allah . bantulah hambamu ini. hambamu yg khilaf. yg mudah terpengaruh dengan perkara yg tidak elok. kadang kadang aku tak mampu nak tolak kehendak hati. tapi aku rasa sangat bersalah bila aku lakukan perkara yg aku tahu salah. aku tahu ini sebahagian ujian darimu untuk menguji iman ku. satu pintaku, tolong dan bantuku ya Rabb. izinkan aku nikmati kemanisan iman dan ibadah ya Allah. sungguh, itulah perasaan paling indah yg pernah aku lalui. izinkan aku ya Allah :')