Monday, February 16, 2015

mid term break !


Mid term break yg hambar . :'D . tak tahu kenapa ,mungkin aku dah jauh tersasar dari landasan. apa nak jadi dengan aku sebenarnya ? aku rindukan aku yg sebelum ni. yg mencintai Maha Esa lebih dr segalanya aku seakan akan hilang panduan. manusia. selalu hilang arah tuju, selalu tergelincir dari sasaran. macam tu lah aku. taubat. dosa. taubat. sampai bila aku nak macam tu ? aku tak kuat. sangat tak kuat melawan nafsu jahat ini ya Rab. maafkan aku. hanya kau yg tahu apa isi hatiku yg sebenarnya. kadang kadang aku tak faham dengan diri sendiri. aku pelik. pelik sangat sangat. segala perkara yg ingin aku sampaikan tak semua terungkap dalam sujud. adakalanya aku perlu besendiri meluahkan isi hati aku. aku tahu. kau maha mendengar segalanya. aku yakin kau sedang lihat apa yg sedang aku buat. aku tak berkesempatan bertemu kau dalam sujudku. kerana ,aku sering tergesa gesa dalam solatku sejak akhir akhir ini. aku tahu, banyak lagi dosa dosaku yg menggunung. aku sering berdoa agar pintu hatiku ini masih layak menerima kehadiran cahaya dan petunjuk darimu. tolong aku ya Allah . bantulah hambamu ini. hambamu yg khilaf. yg mudah terpengaruh dengan perkara yg tidak elok. kadang kadang aku tak mampu nak tolak kehendak hati. tapi aku rasa sangat bersalah bila aku lakukan perkara yg aku tahu salah. aku tahu ini sebahagian ujian darimu untuk menguji iman ku. satu pintaku, tolong dan bantuku ya Rabb. izinkan aku nikmati kemanisan iman dan ibadah ya Allah. sungguh, itulah perasaan paling indah yg pernah aku lalui. izinkan aku ya Allah :')



No comments:

Post a Comment