Saturday, March 5, 2016
changing for good is not a crime~
Heyyaa ! "changing for good is not a crime" aku tak tahu kenapa. tapi aku suka ayat ni . mungkin kena dengan diri sendiri yang ontheway nak ke arah kebaikan ? okay. bercakap pasal baik ni, aku ? baik ? adakah aku dan baik boleh bersatu dalam ayat ? boleh sebati dalam diri ? boleh berdiri selari bersama sama menempuhi kehidupan ? seriously ,aku dalam kebuntuan mencari cahaya ilahi . BAIK? Allahu , malu dengan Allah sebab banyak sangat perkara yang disorokkan dimata manusia lain. Malu dengan Allah sebab setiap kali buat dosa, setiap kali tu lah solat taubat. Malu dengan Allah sebab dah tahu apa yang berdosa, apa yang tak. Malu sebab dah tahu dosa tapi still buat.
Sebenarnya dah banyak kali aku cuba untuk fokus istiqomah, berubah ke jalan Allah. bukan aku tak cuba. Hari hari cuba. Hari hari jugak gagal . kenapa dengan aku sebenarnya? Aku masih bersyukur kerana hati ni masih memikirkan solat. Allahu, kuatkan semangatku ! sukarnya nak berlawan dengan yang namanya nafsu. betapa berperangnya diri ini dengan nafsu. sungguh aku tak kuat. tapi kerana Allah aku harus kuat. aku tahu Allah maha melihat, Dia menonton segala perbuatan aku, dosa yang aku lakukan setiap hari. aku pulak seolah-olah tak mengerti dan terus mendera malaikat kiri untuk sentiasa melakukan kerja. menangis ? aku dah penat menangis.
Andai Allah tidak tutup aibku, aku yakin tade sape pun yang sudi bertemankan aku. aku yakin orang di sekeliling aku akan jijik dengan aku. aku yakin mereka akan bencikan aku. Aku bersyukur kerana masih ada sahabat yang sudi menerima aku. yang tahu kisah gelap aku. yang sehingga sekarang tidak putus doa buat aku. terima kasih kerana hadirkan mereka dalam hidup aku.bantu aku ya Rabb, aku hilang arah. aku hilang tujuan. mana tujuan aku? mana 'goals' yang telah aku listkan untuk mengejar syurgaMu . semua tu dah tercicir satu demi satu di setiap jatuhku , di setiap landasan aku tersungkur. bila aku akan kutip kembali semua tu ? kuatkan aku :') aku tak sanggup hidup dalam belenggu ini.
Cerita ? pada siapa ? hanya padaMu ! tak mungkin aku akan ceritakan perangai buruk aku dekat org rapat dgn aku. masih ada perkara yg mereka tidak tahu tentang aku. yg sedang aku berperang. mereka semua belum cukup kenal siapa aku. dan aku malu sekiranya mereka tahu siapa aku yang sebenarnya. aku malu. cukuplah dengan apa yg pernah aku lakukan sebelum ini. aku rasa amat hipokrit bila aku bertudung, menasihati orang lain tetapi aku masih lagi melakukan kemungkaran.
Hanya Kau ya Rabb, Hanya Kau ! bantu hambamu yang buntu ini. semoga aku kuat untuk lepasi segala dugaan di akhir zaman ini ya Allah. :'(
aku nak jadi baik ,
-pendosa
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment