Thursday, August 28, 2014



hey peeps ! semester 5 is begin . mungkin agak lewat untuk aku cakap "hi semester 5, please be nice to me" eeeuuuuuu. pape je lah . kali ni entry aku nak cerita pasal addicted to HELLO KITTY. haaa , sebenarnya aku lebih prefer nightmare before christmas berbanding HK ni. tapi kali ni macam dah jatuh cinta bagai.  tengok ni.









okay. enough. tak semua benda aku suka berasakan HK. aku suka gadjet, casing ke . something yang unik. yang pelik. yang comel comel gituuu. tapi HK ni cute la. CUTEST OVERLOAD !  okay then . sampai sini je. just nak bagitahu yang aku ni jatuh cinta dengan HK . aummmm !

Saturday, August 16, 2014


Hati. hati tu apa? hati ni sejenis objek yang hidup dalam badan kita.hati merupakan sesuatu yang sangat penting dan berharga. ia merupakan raja dalam diri kita ,kerana apa apa tindakan yang kita lakukan semua berkaitan dengan hati. apabila kita tidak dapat mengawal kehendak hati , kita terdorong melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat. sebab itulah hati merupakan objek yang teramat penting . dengan hati kita mampu mengawal diri, nafsu, kemarahan. segalanya bermula dengan hati. kebijaksanaan kita dalam menggunakan gerak hati amat mempengaruhi kehidupan seharian kita. oleh sebab itu, kita perlu menjaga hati kita agar kita tidak tersalah langkah. 

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah),
jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."


maksud hadis di atas adalah :

"Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.

Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah."



hadis dipetik dari : Riwayat Bukhari dan Muslim .



Sedangkan Rasulullah SAW turut bersabda betapa pentingnya hati. Oleh itu, hendaklah kita menjaga hati kita. menjaga hati bukanlah perkara yang mudah . kerana kita sebagai umat islam sudah sedia maklum bahwa iman kita senipis kulit bawang. mana mungkin kita menjalani hidup tanpa melakukan dosa dan kesilapan. Sebab itulah Allah dah sediakan solat sunat taubat buat kita. walaupun kita sering kali tergelincir dari landasan , kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah ST itu maha pengampun.



Jaga hati . insyaAllah iman terpelihara. yang penting istiqomah ! Amin Ya Rabb ^_^

Thursday, August 14, 2014

sahabat dunia akhirat !!


sahabat vs kawan .




apa itu sahabat ? siapakah sahabat ? apakah ciri ciri yang ada pada sahabat ? okay. ini pendapat aku berdasarkan pengalaman hidup selama 21 tahun. sahabat ni seseorang manusia yang sangat memahami jiwa kita. merupakan manusia yang paling rapat dengan kita selepas ibu bapa dan keluarga. sahabat ni manusia yang sentiasa ada semasa kita susah dan senang. sentiasa peka dengan keadaan kita. tanpa dipinta sahabat ni dapar merasai segala kesusahan yang kita rasa. walaupun hidup berjauhan ,sahabat ni seolah olah ada naluri ada kuasa telepati yang menyebabkan mereka tahu sama ada kita okay atau tidak.

berbeza pula dengan kawan .





apa itu kawan ? siapakah kawan ? dan bagaimanakah sikap mereka? kawan ni pula sejenis manusia seakan akan rakan , tetapi bukan lah sahabat . kawan ni hanya wujud bila mereka memerlukan sesuatu dari kita. pertolongan atau apa sahaja. mereka turut diklasifikasikan sebagai pengambil kesempatan. mereka spesis yg susah untuk pupus. mereka merupakan sejenis gunting di dalam selimut. malah lagi dahsyat , mereka mampu menikam kawan mereka sendiri. mereka juga bersifat elastic. kenyal, dan suka cakap tarak selupa bikin. mereka seangkatan duit syiling. depan lain , belakang lain.




walaupun semua yang bergelar 'kawan' tak sama . tapi masih ada segelintir dari mereka yang "KAWAN" .



thats why ,aku tak percayakan 'kawan' . tak semua perkara dalam hidup aku aku ceritakan pada 'kawan'. dan takkan cerita kot. dalam hidup aku, setakat ni aku hanya ada 4 orang sahabat . mereka lah yang tahu baik buruk aku dan aku sangat sayangkan mereka. FF,F,NS dan HH. 





thanks for coming tonight dear fatin fatanah. i will always love you. 



faithfully , 
aku .

Tuesday, August 12, 2014



alhamdulillah. finally . siap edit blog. haaa. dah berapa tahun tinggal blog. ni blog yg keempat kot. so far, tade ape yg menarik dalam blog aku ni. sebab. yela , blog baru. so semua entry baru. akan datang aku akan masukkan entry yg bermanfaat sikit la. e.g : nota nota ke, maklumat maklumat penting ke ape ke. yg boleh aku kongsikan . aku masih dalam proses membangkitkan blog aku ni. dalam pada masa yg sama aku akan cuba hack blog lama aku yg macam haremmm ntah kenapa tak boleh nak sign in. *sigh ! hape hape pon aku agak berjaya kali ni. sebab semuanya tanpa bantuan org lain . dolu dolu ade adik angkat yg sudi edit kan. almaklum la. dolu dolu aku kan bebal sikit. mane amik port pasal mende alah semua ni. sebab dolu dolu suka tulis diary. so. sekarang masih tulis diary. hehe . yg penting aku puas hati ! yeayy. aja aja fighting . ^_^

Tuesday, August 5, 2014


050814. setahun lebih. memendam rasa . memendam sakit dalam hati ini. menahan jeritan. menahan pedih luka. menahan cemuhan masyarakat sekeliling. penat. letih. derita. Allah tahu. jauh diri ku bawa. jauh lagi dirimu. aku hanya mampu kirimkan doa melalui pencipta yang pernah menemukan kita. cinta? sayang? semua tu.. aku dah tak rasa lagi. yang ada hanyalah bayang bayang yg sering berlegar di ruang hati dan fikiran. melupakan ? apatah lagi. aku belum cukup kuat untuk melupakan terus. aku ambil langkah yang sangat perlahan untuk angkat kaki dari semua ni. aku tahu. aku agak kejam. maafkan aku. hati aku, mati. rasa aku ,kini tiada lagi. apatah sayang aku yg tak mungkin kembali. aku masih tercari cari sinar kebahagiaan yang hakiki. yg milik ilahi. tapi aku masih lagi bertatih di atas titi sepi yang penuh dengan ranting kayu yg dibakar api. Hati. kemanakah kau pergi ? Apakah kau masih di sini ? dalam diri yg kini tiada dalam realiti. apakah kau masih berfungsi untuk mencintai ? andai sekali lagi hati ini diketuk untuk entah ke berapa kali. Hati , jika kau masih di sini, izinkan aku merasai indah dan nikmatnya berhati. Hati, andai kau di dalam diri ini, tolong.. tolong jangan benarkan sesiapa melukai lagi. aku.. aku tak mampu menahan kesakitan yg masih lagi belum diubati.


cinta. mencintai. semua sudah terkubur dalam hati. kini cinta tiada lagi menemani ku di sisi. aku menyesal serahkan cintaku kepada manusia yg hanya mementingkan diri. aku tak berhak menyalahkan seseiapa kerana ini semua sudah tertulis sejak awal lagi dalam buku takdir. Allah , maafkan aku kerana leka. kerana lalai. kerana kurang berkomunikasi dengan Mu sebelum ini. kerana dahulu hanya cinta lelaki yg aku ingini. tapi sekarang tidak lagi. aku mahukan cinta ikhlas ku dibalas. satu satunya yang akan membalas cintaku adalah Kau Yg Maha Kuasa. ampunkan aku Ya Rabb. cintailah aku. bantulah hamba mu ini. yg banyak melakukan kemungkaran padaMu ya Rabb .izinkan diri ini melabuhkan cinta kepadaMu. semoga engkau sentiasa membantuku. aku tiada tempat pergantungan lain selain dari Kau ya Rabb .




cintailah aku. aku mencintaimu sepenuh hati. InsyaAllah. jangan kau bolak balikkan hati ini. Amin Ya Rabbal Aalamin.