Tuesday, August 5, 2014


050814. setahun lebih. memendam rasa . memendam sakit dalam hati ini. menahan jeritan. menahan pedih luka. menahan cemuhan masyarakat sekeliling. penat. letih. derita. Allah tahu. jauh diri ku bawa. jauh lagi dirimu. aku hanya mampu kirimkan doa melalui pencipta yang pernah menemukan kita. cinta? sayang? semua tu.. aku dah tak rasa lagi. yang ada hanyalah bayang bayang yg sering berlegar di ruang hati dan fikiran. melupakan ? apatah lagi. aku belum cukup kuat untuk melupakan terus. aku ambil langkah yang sangat perlahan untuk angkat kaki dari semua ni. aku tahu. aku agak kejam. maafkan aku. hati aku, mati. rasa aku ,kini tiada lagi. apatah sayang aku yg tak mungkin kembali. aku masih tercari cari sinar kebahagiaan yang hakiki. yg milik ilahi. tapi aku masih lagi bertatih di atas titi sepi yang penuh dengan ranting kayu yg dibakar api. Hati. kemanakah kau pergi ? Apakah kau masih di sini ? dalam diri yg kini tiada dalam realiti. apakah kau masih berfungsi untuk mencintai ? andai sekali lagi hati ini diketuk untuk entah ke berapa kali. Hati , jika kau masih di sini, izinkan aku merasai indah dan nikmatnya berhati. Hati, andai kau di dalam diri ini, tolong.. tolong jangan benarkan sesiapa melukai lagi. aku.. aku tak mampu menahan kesakitan yg masih lagi belum diubati.


cinta. mencintai. semua sudah terkubur dalam hati. kini cinta tiada lagi menemani ku di sisi. aku menyesal serahkan cintaku kepada manusia yg hanya mementingkan diri. aku tak berhak menyalahkan seseiapa kerana ini semua sudah tertulis sejak awal lagi dalam buku takdir. Allah , maafkan aku kerana leka. kerana lalai. kerana kurang berkomunikasi dengan Mu sebelum ini. kerana dahulu hanya cinta lelaki yg aku ingini. tapi sekarang tidak lagi. aku mahukan cinta ikhlas ku dibalas. satu satunya yang akan membalas cintaku adalah Kau Yg Maha Kuasa. ampunkan aku Ya Rabb. cintailah aku. bantulah hamba mu ini. yg banyak melakukan kemungkaran padaMu ya Rabb .izinkan diri ini melabuhkan cinta kepadaMu. semoga engkau sentiasa membantuku. aku tiada tempat pergantungan lain selain dari Kau ya Rabb .




cintailah aku. aku mencintaimu sepenuh hati. InsyaAllah. jangan kau bolak balikkan hati ini. Amin Ya Rabbal Aalamin.

No comments:

Post a Comment