Saturday, August 16, 2014


Hati. hati tu apa? hati ni sejenis objek yang hidup dalam badan kita.hati merupakan sesuatu yang sangat penting dan berharga. ia merupakan raja dalam diri kita ,kerana apa apa tindakan yang kita lakukan semua berkaitan dengan hati. apabila kita tidak dapat mengawal kehendak hati , kita terdorong melakukan perkara yang bercanggah dengan syariat. sebab itulah hati merupakan objek yang teramat penting . dengan hati kita mampu mengawal diri, nafsu, kemarahan. segalanya bermula dengan hati. kebijaksanaan kita dalam menggunakan gerak hati amat mempengaruhi kehidupan seharian kita. oleh sebab itu, kita perlu menjaga hati kita agar kita tidak tersalah langkah. 

Rasulullah SAW pernah bersabda:

"Ketahuilah bahawa dalam jasad manusia ada seketul daging (segumpal darah),
jika baik maka baiklah seluruh anggota dan jika rosak maka rosaklah seluruh anggota, itulah hati."


maksud hadis di atas adalah :

"Diri manusia terbahagi kepada dua iaitu fizikal dan spiritual. Spiritual tersebut termasuklah akal, nafsu, perasaan dan yang paling utama ialah hati kerana tindakan, prilaku dan sikap seseorang dipengaruhi oleh hati.

Hati dan perasaan haruslah dijaga dari sifat-sifat yang merosakkan. Ia hendaklah dipandu ke arah jalan yang betul berdasarkan ajaran Islam yang sebenar. Jika tidak, hati akan dikuasai oleh nafsu dan syaitan yang menyebabkan pelbagai penyakit seperti hasad dengki, tamak, pemarah, riya' dan sebagainya. Maka untuk membersihkan hati yang kotor hendaklah membiasakan diri dengan berzikir, bertasbih dan bertahmid kepada Allah."



hadis dipetik dari : Riwayat Bukhari dan Muslim .



Sedangkan Rasulullah SAW turut bersabda betapa pentingnya hati. Oleh itu, hendaklah kita menjaga hati kita. menjaga hati bukanlah perkara yang mudah . kerana kita sebagai umat islam sudah sedia maklum bahwa iman kita senipis kulit bawang. mana mungkin kita menjalani hidup tanpa melakukan dosa dan kesilapan. Sebab itulah Allah dah sediakan solat sunat taubat buat kita. walaupun kita sering kali tergelincir dari landasan , kita perlu sentiasa ingat bahawa Allah ST itu maha pengampun.



Jaga hati . insyaAllah iman terpelihara. yang penting istiqomah ! Amin Ya Rabb ^_^

No comments:

Post a Comment